SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SK SG. KEM BATU 18, BINTULU

Friday 25 September 2015

Kem Motivasi Murid Tahun 6

Hari    : Sabtu
Tarikh : 1 Ogos 2015
Tempat: Villa Mardhiah


      Kem Motivasi UPSR ini adalah diwajibkan bagi semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Kem Batu 18. Kem ini bertujuan untuk memberi motivasi dan panduan sebelum menghadapi UPSR pada bulan September. Pakar-pakar bagi setiap subjek telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memberikan tips serta panduan berguna kepada calon-calon UPSR SK Sg. Kem Batu 18. Segala usaha ini diharapkan membuahkan hasil dan mampu membantu calon-calon berkenaan berjaya dengan cemerlang.









 

Program Permuafakatan Bersama Ibu Bapa dan Ramah Tamah 1 Malaysia

Hari     : Sabtu
Tarikh : 25 Julai 2015

      Program 2 dalam 1 ini dijalankan bagi membolehkan ibu bapa lebih cakna terhadap pencapaian anak-anak mereka selain dapat memupuk perpaduan dalam kalangan ibu  bapa dan guru yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Selari dengan semangat 1 Malaysia, majlis ala-ala rumah terbuka ini memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa dan guru untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana sambutan hari raya.



Sunday 5 July 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Sambutan Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima laporan jawatankuasa pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.




Lirik Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Barisan guru dan tulang belakang SK Kem Batu 18


Acara memotong kek Hari Guru. Kek yang sedap dan comel ini ditaja oleh BSN. Thanks a lot BSN Cawangan Bintulu for appreciating us.!!

Semua guru diiring ke dewan terbuka.




Dari kiri: guru paling kemas, guru paling tegas, guru paling handsome, guru paling ayu, guru paling ceria, guru paling prihatin, guru paling popular






Sambutan yang berlangsung diteruskan dengan acara sukaneka dan pesta makanan mengikut negeri dan cabutan bertuah. Walaupun agak penat namun semua warga kem merasai keseronokan dan kemeriahan sambutan. Ucapan terima kasih tidak terhingga daripada kami kepada semua pihak yang memeriahkan majlis ini secara langsung dan tidak langsung. 

~~ Fly Kenyalang Fly, Fly High~~











Tuesday 9 June 2015

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Hari : Rabu
Tarikh : 29 April 2015



Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukuhkan budaya membaca serta menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.


SK Sungai Kem Batu 18, Bintulu didatangi oleh pihak Perpustakaan Awam BDA sebagai tetamu jemputan yang turut memeriahkan lagi kem berkenaan. Semua murid dapat menimba ilmu selain turut berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Pihak Perpustaakan Awam BDA juga turut meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh murid-murid di sini.


Berikut merupakan gambar sekitar KM1M:

















Monday 1 June 2015

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya 2015

Hari: Jumaat & Sabtu
Tarikh: 17 & 18 April 2015
 
Matlamat

Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan. 

Sasaran

Seramai 40 orang pengawas sekolah, 15 orang pengawas asrama dan 12 orang Pembimbing Rakan Sebaya.

Sekitar gambar pada hari pertama kem:











          
>>>Penghulu dan penghuluwati yang bertanggungjawab.Para urus setia dan Kem komandan yang sentiasa bersemangat.






Walaupun diduga dengan ketiadaan bekalan elektrik dan hujan yang sangat lebat sehingga menyebabkan semua khemah runtuh dan beg pakaian basah, namun peserta kem tetap bersemangat untuk meneruskan aktiviti sepanjang kem. Kem komandan dan para urus setia juga tidak leka dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Saturday 4 April 2015

Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6


Hari: Jumaat
Tarikh: 27 Mac 2015

Program Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6 diadakan bertujuan untuk membentangkan sasaran Pejabat Pendidikan Daerah bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. 

Semua guru tahun 6 terlibat dalam program ini bagi memberikan gambaran sebenar tentang prestasi anak didik mereka terhadap ibu bapa masing-masing. Nasihat, rangsangan dan dorongan turut diberikan agar murid-murid meningkatkan usaha bagi menghadapi UPSR.

Gambar sekitar program:















Friday 3 April 2015

Story Telling Competition Inter Primary School Bintulu Division Year 2015

Hari : Sabtu
Tarikh : 7 Mac 2015
Tempat : SK Sg. Kem Batu 18

SK Sg Kem Batu 18 telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi acara Story Telling Competition Peringkat Sekolah Rendah Bahagian Bintulu. Terdapat sebanyak 30 penyertaan dari pelbagai sekolah dalam bahagian Bintulu. Setiap peserta mempamerkan gaya tersendiri dan menjadikan pertandingan bertambah sengit.

Sesi pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi.


Ucapan alu-aluan oleh guru besar SK Sg. Kem Batu 18.

Antara peserta yang telah mengambil tempat.

Barisan hakim yang khusyuk memberi perhatian untuk setiap peserta.

Senyuman dalam debaran>>> wakil dari SK Sg. Kem Batu 18, adik Gerlyn bersama jurulatih, Cikgu Magdalene

Semua peserta sedang dikuarantin di makmal komputer sebelum sesi kedua iaitu impromptu.

Tempat pertama dimenangi oleh peserta dari SJK (C) Siong Boon, tempat kedua peserta dari SJKC Chung Hua dan tempat ketiga dimenangi oleh SJK (C) Chung Hua 2. SK Sg. Kem Batu 18 pula mendapat tempat keempat. Majlis tamat pada jam 1.30 tengah hari.