SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SK SG. KEM BATU 18, BINTULU

Saturday 25 December 2010

Tujuh Tipu Daya Syaitan


(Andai Syurga & Neraka tidak ada)

1. Syaitan melarang manusia taat kepada ALLAH namun orang-orang yg berada dalam perlindungan ALLAH menolak ajakannya dan bkata, “ Aku mengharapkan pahala drpd ALLAH dan aku perlu menyediakan bekalan d dunia dan akhirat yang kekal.”

2. Syaitan memujuk manusia supaya tidak melaksanakan ibadah. Dia mbisikkan ke hati manusia, “ Buat apa hendak beribadah. Nanti sahajalah apabila engkau dah tua!”. Orang-orang mukmin menjawab, “Kematianku bukan berada d tanganmu. Sekiranya aku menunda-nunda beramal hari ini hingga esok, bagaimana pula dengan amalan hari esok sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan.”

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia supaya cepat-cepat melakukan amalan dan mengerjakan kebaikan, “Cepatlah beramal supaya engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan yang lain.” Namun orang mukmin membalas bisikan syaitan itu dengan berkata, “Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik drpd amalan yang banyak ttp tidak sempurna.”

4. Syaitan sentiasa mendorong manusia mengerjakan amal baik secara sempurna supaya tidak dicela oleh orang lain. Orang-orang yang dipelihara ALLAH menjawab, “Bagiku, cukuplah hanya ALLAH yang menilai amalanku. Tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia.”

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yg beramal, “Betapa tinggi darjatmu kerana melakukan amal soleh dan betapa cerdik serta sempurna dirimu.” Mendengar pujian syaitan seperti itu, orang-orang beriman menjawab, “Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan ALLAH, bukan kekuatan ataupun kekuasaanku. ALLAH jualah yang melimpahkan hidayahnya kepadaku supaya aku dapat beramal. DIA lah yang meredhai dan memberikan pahala. Sekiranya aku tidak menerima kurniaan-NYA, apalah erti amalanku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat ALLAH yang DIA berikan kepadaku, d samping dosaku yang banyak pula.”

6. Syaitan membisikkan, “Bsungguh-sungguhlah engkau beramal, jgn sampai orang lain mengetahuinya. ALLAH jualah yg memberitahu kepada orang lain, sesungguhnya engkau adalah hamba-NYa yg ikhlas. Demikian syaitan memujuk dengan lembut dan mencampur adukkan antara kebaikan dan keburukan. Orang mukmin sejati menjawab, “Wahai syaitan yg dilaknat, tiada hentinya engkau menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Kini, engkau berpura-pura hendak memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Sekiranya ALLAH mengkehendakinya, DIA dapat menzahirkan ataupun menyembunyikan amalanku dan sekiranya ALLAH mengkehendakinya, DIA menjadikanku mulia ataupun hina. Semuanya urusan ALLAH. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan ataupun tidak kepada orang lain sebab itu bukan urusan manusia.”

Bisikan ini lebih hebat berbanding bisikan sebelumnya. Kebanyakan manusia tidak menyedari hal itu kecuali orang-orang pilihan ALLAH yang berfikir.

7. Syaitan menggoda manusia dengan berkata, “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya ALLAH menetapkan dirimu sebagai orang yang berbahagia pd hari akhirat kelak, tidak mudarat bagimu meninggalkan ibadah kerana engkau tetap berbahagia. Sebaliknya, sekiranya ALLAH menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tidak ada gunanya engkau beribadah kerana engkau tetap celaka.”

Orang-orang yang beriman menjawab, “Aku hanyalah hamba ALLAH dan wajib bagiku menuruti perintah-NYA. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Sekiranya ALLAH menetapkan dirikuorang yg berbahagia, aku tetap beribadah bagi menambah pahala. Sekiranya ALLAH menetapkan aku sebagai orang yg celaka, aku juga tetap beribadah supaya tidak menjadi penyesalan buatku. Sekiranya aku masuk neraka padahal aku taat, itu lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Namun aku pasti bukan itu yang terjadi kelak kerana janji ALLAH benar dan pasti terbukti. ALLAH menjanjikan pahala kepada siapa sahaja yang taat kepada-NYA. Barang siapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada ALLAH, dia tidak akan dimasukkan ke neraka melainkan syurgalah tempat tinggalnya. Seseorang itu masuk ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalannya, melainkan kerana janji ALLAH yang pasti dan suci!”

No comments:

Post a Comment