SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI SK SG. KEM BATU 18, BINTULU

Wednesday, 18 March 2015

Majlis Persaraan Madam Lily


Tarikh: 5 Mac 2015
Tempat : Dewan SK Sg Kem Batu 18


Tanggal 19 Jun 2011 merupakan tarikh akhir perkhidmatan Guru Penolong Petang Puan Zaleha binti Ahmad SK Taman Bunga Raya 1 yang pertama. Pada usia 56 tahun dengan perkhidmatan selama 27 tahun meninggalkan kesibukan dunia pendidikan tentu akan merasakan satu kenangan indah menghadapi hari-hari berikutnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
 Tanggal 5 Mac 2015 merupakan tarikh akhir perkhidmatan Penyelia Petang SK Sg Kem Batu 18, Madam Lily Nyungkan dalam bidang perguruan. Setelah melibatkan diri selama 34 tahun dalam bidang pendidikan, beliau diraikan dalam majlis yang meriah oleh seluruh warga SK Kem sebagai penghargaan terhadap segala jasa beliau selama ini.

Madam Lily sedang memberi ucapan.


 
Kek Persaraan.

Bersemangat dan ceria untuk punch card buat kali terakhir.

  Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Madam Lily walaupun kehujanan.



Just Retired .

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi itu berakhir pada jam 3.00 petang setelah kereta yang dihias indah membawa Madam Lily berlalu dari perkarangan sekolah.
Tanggal 19 Jun 2011 merupakan tarikh akhir perkhidmatan Guru Penolong Petang Puan Zaleha binti Ahmad SK Taman Bunga Raya 1 yang pertama. Pada usia 56 tahun dengan perkhidmatan selama 27 tahun meninggalkan kesibukan dunia pendidikan tentu akan merasakan satu kenangan indah menghadapi hari-hari berikutnya.

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Semoga Madam Lily tidak melupakan kami disini dan memaafkan kami atas setiap kekhilafan. Segala jasa bakti Madam Lily terpahat dalam ingatan warga SK Kem.


Madam Lily,
It is time to bid adieu
To your cabin so plush
With happiness, your life
Is now going to be a flush
It is time to bid farewell
To every subordinate
And say hi to your family
For whom, it’s been a long wait
It’s time to say goodbye
To the corridors of power
Because you will be heading
To a life which is much better
Happy retirement Madam Lily.

Sunday, 1 March 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu

Tarikh : 28 Februari 2015

Tempat : SK Bintulu

Penyertaan : 6 orang murid

Pencapaian : Mohd. Amirul mendapat tempat 1 dalam Pertandingan Bercerita

Merakam kenangan bersama.
Para peserta dan guru agama mereka - Ustazah Wan Harisah binti Wan Mahmud
Peserta pertandingan bercerita perempuan - Raihanah binti Baba
Peserta pertandingan hafazan -  Safar 
Dari jauh kelihatan Mohd Amirul mengambil hadiah tempat pertama untuk pertandingan bercerita.

Pemilihan Atlet Olahraga Zon Kidurong 2015

Tarikh : 28 Februari 2015

Tempat : Stadium Bintulu

Penyertaan : 47 orang murid

Pencapaian : Naib Johan Zon Kidurong

Aktiviti pemulihan yang dijalankan selepas latihan.

Antara murid yang mewakili sekolah untuk pemilihan atlet Zon Kidurong.
Kejayaan para peserta.
Pemilihan atlet bagi acara 100 meter perempuan 10 tahun.
Jurulatih sukan Cikgu Razlie sedang berehat bersama pegawai teknik Cikgu Tinggie dan rakannya.
Peserta lompat jauh perempuan 10 tahun - Lily Lenya
Lontar jauh lagi!!

Alhamdulillah, pencapaian meningkat berbanding tahun lepas. Naik satu anak tangga.
Semoga juara tahun hadapan. Insya- ALLAH

Friday, 27 February 2015

Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia Tahap 1

Tarikh : 27 Februari 2015

Tempat : Dewan SK Sebauh

Pencapaian : Penyertaan


Wakil Sekolah - Nuryasmin Ain binti Sufri

Adik Nuryasmin Ain menunggu giliran untuk cabutan undi.

Para peserta dikuarantin selama 3 minit sebelum pertandingan bercerita spontan dijalankan.

Wednesday, 4 February 2015

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA STAF YANG BAKAL BERPINDAH



Satu majlis perpisahan bagi meraikan staf yang akan berpindah telah diadakan pada hari Rabu, 4 Februari 2015 pada jam 7.30 malam bertempat di Hotel Li Hua, Bintulu.   Staf yang diraikan adalah Cik Norhayati Binti Othman, Puan Ling Boi Hua, Puan Siti Zulaiha Binti Abd. Rahman dan Encik Rosman Bin Mohamed. Warga kem mendoakan agar anda semua dapat menyesuaikan diri di tempat baharu dan sentiasa sukses dalam profesion keguruan. Jangan lupakan kami di sini ya.. ^_^

Penyampaian cenderahati kepada Puan Ling Boi Hua
Setia menanti para tetamu jemputan.
Peace ^_^v
Group cikgu lelaki
Nah, belanja gambar ramai2 
Penyampaian cenderahati kpd Puan Siti Zulaiha binti Abd. Rahman
Penyampaian cenderahati kepada Cik Norhayati binti Othman
Penyampaian cenderahati kepada Encik Rosman bin Mohamed (berbaju biru)

SELAMAT DATANG GURU BAHARU 2015

Pada 29 Januari yang lalu, Sk Sg. Kem Batu 18 telah menerima seramai 10 orang kemasukan guru baharu. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendapat penempatan. Warga Sk Sg. Kem Batu 18 sangat mengalu-alukan kedatangan kalian.



Sesi taklimat bersama pihak pentadbir sekolah.

Saturday, 25 December 2010

Tujuh Tipu Daya Syaitan


(Andai Syurga & Neraka tidak ada)

1. Syaitan melarang manusia taat kepada ALLAH namun orang-orang yg berada dalam perlindungan ALLAH menolak ajakannya dan bkata, “ Aku mengharapkan pahala drpd ALLAH dan aku perlu menyediakan bekalan d dunia dan akhirat yang kekal.”

2. Syaitan memujuk manusia supaya tidak melaksanakan ibadah. Dia mbisikkan ke hati manusia, “ Buat apa hendak beribadah. Nanti sahajalah apabila engkau dah tua!”. Orang-orang mukmin menjawab, “Kematianku bukan berada d tanganmu. Sekiranya aku menunda-nunda beramal hari ini hingga esok, bagaimana pula dengan amalan hari esok sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan.”

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia supaya cepat-cepat melakukan amalan dan mengerjakan kebaikan, “Cepatlah beramal supaya engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan yang lain.” Namun orang mukmin membalas bisikan syaitan itu dengan berkata, “Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik drpd amalan yang banyak ttp tidak sempurna.”

4. Syaitan sentiasa mendorong manusia mengerjakan amal baik secara sempurna supaya tidak dicela oleh orang lain. Orang-orang yang dipelihara ALLAH menjawab, “Bagiku, cukuplah hanya ALLAH yang menilai amalanku. Tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia.”

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yg beramal, “Betapa tinggi darjatmu kerana melakukan amal soleh dan betapa cerdik serta sempurna dirimu.” Mendengar pujian syaitan seperti itu, orang-orang beriman menjawab, “Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan ALLAH, bukan kekuatan ataupun kekuasaanku. ALLAH jualah yang melimpahkan hidayahnya kepadaku supaya aku dapat beramal. DIA lah yang meredhai dan memberikan pahala. Sekiranya aku tidak menerima kurniaan-NYA, apalah erti amalanku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat ALLAH yang DIA berikan kepadaku, d samping dosaku yang banyak pula.”

6. Syaitan membisikkan, “Bsungguh-sungguhlah engkau beramal, jgn sampai orang lain mengetahuinya. ALLAH jualah yg memberitahu kepada orang lain, sesungguhnya engkau adalah hamba-NYa yg ikhlas. Demikian syaitan memujuk dengan lembut dan mencampur adukkan antara kebaikan dan keburukan. Orang mukmin sejati menjawab, “Wahai syaitan yg dilaknat, tiada hentinya engkau menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Kini, engkau berpura-pura hendak memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Sekiranya ALLAH mengkehendakinya, DIA dapat menzahirkan ataupun menyembunyikan amalanku dan sekiranya ALLAH mengkehendakinya, DIA menjadikanku mulia ataupun hina. Semuanya urusan ALLAH. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan ataupun tidak kepada orang lain sebab itu bukan urusan manusia.”

Bisikan ini lebih hebat berbanding bisikan sebelumnya. Kebanyakan manusia tidak menyedari hal itu kecuali orang-orang pilihan ALLAH yang berfikir.

7. Syaitan menggoda manusia dengan berkata, “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadah. Sekiranya ALLAH menetapkan dirimu sebagai orang yang berbahagia pd hari akhirat kelak, tidak mudarat bagimu meninggalkan ibadah kerana engkau tetap berbahagia. Sebaliknya, sekiranya ALLAH menetapkan dirimu sebagai orang yang celaka, tidak ada gunanya engkau beribadah kerana engkau tetap celaka.”

Orang-orang yang beriman menjawab, “Aku hanyalah hamba ALLAH dan wajib bagiku menuruti perintah-NYA. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Sekiranya ALLAH menetapkan dirikuorang yg berbahagia, aku tetap beribadah bagi menambah pahala. Sekiranya ALLAH menetapkan aku sebagai orang yg celaka, aku juga tetap beribadah supaya tidak menjadi penyesalan buatku. Sekiranya aku masuk neraka padahal aku taat, itu lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Namun aku pasti bukan itu yang terjadi kelak kerana janji ALLAH benar dan pasti terbukti. ALLAH menjanjikan pahala kepada siapa sahaja yang taat kepada-NYA. Barang siapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada ALLAH, dia tidak akan dimasukkan ke neraka melainkan syurgalah tempat tinggalnya. Seseorang itu masuk ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalannya, melainkan kerana janji ALLAH yang pasti dan suci!”